Tuesday, July 28, 2009

HAK SEBAGAI REMAJA

Assalamualaikum w.b.t

Ehemm..pertama skali ana nk minx maaf sbb dh lame x mnulis..teacher Ayu pon dah tegur..bile nk publish post baru..so,ana kate"Teacher!! im buzy..."Then Teacher said"I know you"ha..ha..ha.. teacher memang klakar..kalu bbual ngan teacher sehari,sure x boring...lagi2 speaking.."Teacher!! I will improve my speak"
Ape yg ana nk cter kt sini mesti lah pntg..ana plg ske ble dgr ustadh Kashful cramah..x kisah lah cramah ape pon..plg best cramah ustadh yg btajuk"aiyuhal walad" yg bemaksud "wahai lelaki" hasil karya Imam Ghazali...kalu dgr sure x boring..dgn lwak ustadh lagi...2 lar sbb ustadh mng hetrik wk2 anugrah hari guru...
Prtama skali ana nk ucpkn trime ksih kpd kgkwn sbb tlg ana jage asrama...trutama skali biro2 yg byk mmbntu...my assistant too..ZA-8...smoga Allah balas jase kalian wk2 PMR nnti..Insya Allah..
Hmm..ckp brcrita..skang ana mahu bkongsi pndpt dgn antum sume..kalu ade x puas hati..just klik comment..then wtite..ok..hmm..ana trsentuh dgan kate ustadh wan..ktika ustadh wan berucap pd phpunan pagi 28/07/09..ustadh Wan slaku guru kaunseling brucap dgan ayatnya yg menaikkn bulu roma iaitu"APA YANG SUDAH KITE LAKUKAN UNTUK ISLAM" satu ayat yang amat menusuk kalbu ana..ayat ini mula ana tfikir sms sesi p&p BM yg diajar oleh cikgu Syariah..
Selepas sesi bsajak..cikgu suruh kls ana bfikir tntg kata2 ustadh wan...cikgu kate"Adakah tugas kite dgn blajar sudah ckup?"jwpn nye tdak..sbb tgs kite bkn shj blajar..ttpi..tugas kite jge adalah "BAGAIMANA MAHU MENGAMAL NILAI2 ISLAM DALAM KEHIDUPAN?"kalu kite mlihat dalam konteks yang kcil kte akan bfikir tntg diri kte...ttpi..jikalau kita mlihat dalm konteks yg lbih luas..kite akn bfikir slain drpd dri kte...cnth yang ana beri..dalam aspek kte selaku khalifah di muka bumi ini..ana trfikir btapa lmhnya ana dlm mnegakkan syariat islam..Malu dan segan apabila mlihat Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin islam ketika berumur 23 thn,Salahuddin AL-Ayubbi yg mnjd pnglima islam ktika brumur 18 thn(kalu x silap),Saidina Ali Ibn Abi Talib yg ktika masih kecil snggup mggantikan tmpt tidur Rasulullah ktika baginda hndk bhijrah...
Maka..inilah masanya untuk kte mlgkapkn diri kite dgn ilmu2 kepimpinan...islam tidak mengajar umatnya menuntut ilmu untuk kpentingan diri sendiri...Tujuan kte mnuntut ilmu adalah untuk kpentingan umat islam..Nabi menyuruh kite menuntut kerana apa??..kerana ilmu adalah penyuluh kte apabila brada didalam kesesatan..Kalau kte memiliki ilmu setinggi gunung skalipun..ttpi kte tdk menyampaikan atau menggunakan ilmu kite untuk memimpin umat..x gune..kalau kte bfikir tjuan kte blajar supaya dpt gaji besar,kerja besar, kreta besar,rumah besar,jawatan besar... kalu i2 yang kte fikirkan...mane kontrak sosial kte...pnh kite terfikir ape mkne yg tersirat tujuan kite dilantik sbg Khalifah di muka bumi ini oleh Allah...Apabila Allah brfirman bahawa kte dijadikan adalh sbg khalifah di muka bumi maka sudah terpaut amanah kepimpimpinan dlm diri kite..i2 yng kte x sedar slama ini...
Jadi marilah sama2 kite renungkan kmbali adakh kontrak kte dgn Allah sudah di laksanakan??Maka ingatlah persiapkn diri kte untuk melaksanakn tanggungjawab kte yang tidak disedari ini...

Tuesday, January 20, 2009

FIGUR:SYEIKH HAMZAH

Figur: Syeikh Hamzah teguhkan Ikhwan di Jordan
Ustaz Zainudin Hashim Mon Jan 19, 09 12:56:10 pm MYT
Gerakan Ikhwan Muslimun bukan satu nama baru dalam dunia dakwah dan perjuangan Islam. Ia telah tersebar di seluruh pelosok dunia selepas ditekan oleh kebanyakan pemimpin negara di dunia Islam khususnya di Mesir. Semakin ditekan ia semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Ikhwan mempunyai cawangan di mana-mana hingga dalam negara haram Israel pun ada.
Fokus kali ini mengajak para pembaca mengenali seorang tokoh Ikhwan di Jordan yang terpaksa mengharungi gelombang tribulasi ketika berdepan dengan golongan Sekularisme yang sememangnya mahu melihat Islam terkubur.
Walau bagaimanapun apa sahaja bentuk rintangan yang dihadapi, kerana penguasaan ilmu-ilmu agama yang mantap dan kental, Ikhwan Jordan dapat meneruskan kerja-kerja amal dengan mengajak manusia seluruhnya kepada Islam, termasuklah dalam amalan berpolitik bagi menyatakan kebenaran Islam dalam sidang Dewan Rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Syeikh Hamzah Mansour salah seorang ahli Parlimen Ikhwan Jordan.
Mengenali Syeikh Hamzah
Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.
Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.
Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.
Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.
Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.
Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.
Jawatan dalam Gerakan Ikhwan
Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.
Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.
Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.
Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.
Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.
Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.
Penglibatan dalam bidang ilmu
Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.
Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hokum Syariat Islam dan lain-lain. Buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.
Syeikh Hamzah yang sudah berusi 65 tahun, masih aktif cergas berpolitik di samping menyampaikan kuliah-kuliah agama termasuk pembinaan peribadi dalam program usrah di kalangan anggota Parlimen Ikhwan mahupun di kalangan ahli-ahli biasa, keadaan ini dilihat penting bagi Syeikh Hamzah bagi memastikan generasi anak-anak muda mengetahui kedudukan dan kepentingan berjemaah dalam sebuah masyarakat seperti di Jordan. - lanh

BAGAIMANA BERMULA ISRAEL MENGUASAI PALESTIN

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin
Abdul Shukur Harun Tue Jan 06, 09 6:02:49 pm MYT
Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.
Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.
Ulang tayang
Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.
Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.
Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.
Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.
Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.
Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.
Adakah harapan buat Obama?
Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.
Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.
Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.
Kerdilnya negara Arab
Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.
Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.
Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.
Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.
Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.
Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.
Mula tergadai
Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.
Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.
Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.
Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.
Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.
Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian. _

Friday, December 26, 2008



ehmm...assalamualaikum wahai pembace yg dkasihe skalian...pade 26 dec 2008 yg lalu...Kelab Cucu Tok Wan(KCTW) tlh mngadekan "bifday seprise" wat kali ke-10...mangse kiteowng kali ini ialah MAK SU....MAK SU berbaju biru muder....okey!!skang faiq nk citer bagemane seprise ini berjalan...

(1)Along,ibu,abah,anjang n acu ngah wat plan tige hari sblm majlis dlansungkn....mak oiiii....majlis stat wak2 mlm..tp..plannye dr pagi smpi tgh mlm....penat dwat nyer..

(2)Plan dtruskn ngan apebile acu bwk MAK SU g ikea....alar..beli blah lar katekan....acu n MAK SU dok sibuk cari sofa baru...katil baru...mejer mkn baru...smpi tikar pown nk baru....jd lok lap.lok lap dah pukoi 9 mlm

(3)majlis trsebut dwat kat umah ibu...along,anjang,mak tok,tokwan,abah,anti midah n dorang punyer famili dh stem bye awel2 lg....kiter owg bli 2 kek besar yg sdap lg lazat.....bpuloh2 cucuk satay....brketoi2 kepak ayam.......pastu ade udang..sotong... hah..... pas2 ummi msk nasi grg ciner...mak tok plak masak mee ohnn...mak oii banyak makanan.....plg syok time barbeku...dh lar ujan..smpi berpayung2...huhh..selamat ade pak cu nakoie...beliau lar..yg uruskan babbb panggang-memanggang nie...tq pak cu..kalu xde pak cu..sapelah kami..

(4)Okey..habis babb makann..kiter truskn ngan plan kejut-mengejutkn MAK SU....kalu nk tau?? jihah ngan kakak lar yg plg eksited...sbb dorang lar yg plg rapat ngan MAK SU...kiter owg wat plan konon2nye umah blekaut lar..tp yg pliknyer..umah sbelah x blekaut pown..heeehh..ape punyer plan lar...hahhh..yg2 x kesah..yg pnting...MAK SU x tau kiteowg nk wat kejut-mengejut...

(5)Okey..acare kemuncak hmpir tiber...TEPAT JAM 10.30..deruman yg memukau..apebiler sebuah kete wira menyusuri hdpn umah ibu...kiterowg apelagi...kiteowng dok menyorok bwh kusi,mejer hahh...dlm kolam pown ader...cehh..mane aderrr tipu jer...jam berdetik mnandekan acare kemuncak hmpir tibe...huhh acu memimpin MAK SU ngn lemah lembut skali merentasi kolam ikan yg x berape panjang n x berape pendek...bile bukak jer pintu... ape lagi..ngan sekuat hati kiteowg menjerit..."$uPr!$e"........apelagi MAK SU pown tekejut lar..slamat MAK SU xder hat atek kalu x..acare mjlis brtukar tragedi...huhh alhamdulillah...akhirnyer mjlis slamat dilangsungkan....

Oke!!!tamat sudah coretan faiq kali ini..smoger pare pembace trhibur ngn coretan faiq...agak-agaknyer...saper la plak jd mngse wat kali ke-11...kite tunggu n lihat

Monday, December 8, 2008

$el@m@t #ar! r@y@ @!d!l@d#@



Assalaamualaikum..kpd sdare-mare dan kengkawan yg mengenali diriku ini.....kpd kengkawan d sma-maiwp n al-amin...selamat hari raya d ucapkn kpd u all sume!!!! smoge thn dpn same-same kite berjuang dgn bersungguh-sungguh mmprtingkatkan amal ibadat serta ketakwaan kpd ALLAH s.w.t......okey....good luck for PMR next year!!!! insya ALLAH

rehat seketika........jom main futsal kat ampang....


29 hb nov lalu..... kelab cucu tok wan tlh mngadakn futsal smpne cti skolah baru-baru nie....syoook giler!!! rmai dtg..antarenye-=acu,anjang,abah,along,ibu,ummi,hazziq,qayyiem,darwish,fahiem n the gang.....